BUNTU

5:25 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)


Dah lama tak update blog ni. skrang baru ade mase nak update. So aku tak tau ape yang nak cakap skrang. dah lama tak update so dah tak de idea.tak lama lagi dah nak raya haji so aku amik pluang ni nak kongsi ngan sesape je aku punye resepi N9 ni. sedap tau namenye yalah, rendang maman.

Label:

SELAMAT HARI RAYA

7:41 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)


Aku rase masih blm terlambat utk aku ucapkan selamat beraye kat sume.
Rasenye byk benda nak buat tp seme2 tak jadi. Ape-apepon aku ucapkan selamat ari raya, maaf zahir batin.

Label:

Kuih farvorite

7:46 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)



Ni antara kuih kegemaran keluargaku terutama sekali anak dan adikku yang sakit tu.

Kalau raya x de kuih ni x lengkaplah raya.

Adikku la kan, dia memang suka sangat kat almond london.so dia akan buat almond london tu.

Kiranya Tart nenas dia tak pandai agaknya, atau rumit sangat. dia order je.Janji ada.

Walaupun dia sakit, tapi buat kuih tetap dia nak buat. Kalu betul2 x larat je dia beli.




























FADHILAT RAMADHAN

6:43 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)

Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”
Berdasarkan ayat ini dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Kehadirannya dirahsiakan

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadar, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar,

Ulama mempunyai pendapat yang berbeza mengenainya:-
Imam Nawawi -Malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Jumhur ulama-
Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu:-
Ibnu Abbas
surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Ahmad Marzuk & Ibnu Arabi - Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.
Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.
Apa yang perlu dibuat pada malam al-Qadr
Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:
1.Memperbanyakkan doa kepada Allah/Memohon ampun
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”
Doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
2.Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.
Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.
Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.
Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadar!

Label:

sedap giler

10:43 PG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)



Ini antara makanan kesukaan anakku.
Setiap kali gi je bazar juadah, roti john ngan tepong pelita wajib.Bkn sunat
tp wajib.
Aku plak muak.Sanggup dia pose abis satu ari sebab nak ke bazar juadah. Tapi aku x kisah, janji dia nak pose,tu dah kira alhamdulillah.

Label:

Berpuasa sambil berdiet

11:11 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)

Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan bazar Ramadhan. Ia seperti pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan itu.. Apa yang paling penting, ramai diantara kita mula lupa amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?
Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Apatah lagi di bulan puasa. Ini adalah penting bagi mengelak beberapa masalah seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan dll. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.

Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan
Kunci kepada amalan makan secara sihat:- makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu juga, kita juga perlu mengambil air yang cukup, tak kira panas atau sejuk, dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa
Kebanyakan dari kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah untuk berbuka puasa. Apa yang penting ialah tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan dari perut terkejutselepas seharian berpuasa. .Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat.
Secara ideal, diet semasa berbuka puasa adalah seperti berikut :
Berbuka3 biji buah kurma,
½ cawan jus buah-buahan,
1 cawan sup sayur
1 keping kuih.

Makan malam
11/2 cawan nasi
1 ketul ikan atau ayam
1 cawan sayur campur
1 biji buah.

Makan lewat malam (moreh)
Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic kacang atau buah-buahan.Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut anda di siang hari. Manakala, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi pula boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Sahur
Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu Subuh. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan. Ini kerana tenaga yang diambil daripada makanan sebelum tidur akan disimpan di dalam badan sebagai lemak.Semasa bersahur , kita digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur.

Ramadhan merupakan satu peluang untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula. Beri perhatian juga pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana selagi ia tidak memudaratkan. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati agar tidak menjejaskan pengambilan nutrien. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Label:
9:22 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)





Maksudnya: Ya, Allah, bagi engkau aku berpuasa dan dengan engkau beiman aku,dan dengan rezeki engkau aku berbuka dengan rahmat engkau wahai yang maha pengasih dan penyayang.



maksudnya:Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala




Maksudnya : Sahaja aku berpuasa untuk sebulan di bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala









































































Cutenye!!!!!!

8:20 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)

Ni anak aku.Nama dia Nur Aliah Hannani. So aku pggl dgn nama nani je.Umur 6 thn..Tadika skrg ni. Bg aku dialah racun dia lah penawar.Klu nak tau kitorg ni slalu je gaduh.Bayangkanlah emak ngan anakpun bleh gaduh. Kelakarkan.Aku amik gambar dia kat kedai .Tu kat tgn dia, air kegemaran dia, teh o ais.Apa2pun 2 la air yg plg best."dia ckp".

Label:

penangan air tangan mamak

8:26 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)

Semalam aku gi kat satu kedai mamak dkt dgn tempat keje..Perut tu teringin nak mee goreng . So aku pun orderlah mee goreng mamak.Nampak sedap tapi bila dah dapat harga dia,pehhh punyalah mahal. Kalau aku tau mahal cam2 lbh baik aku mkn KFC.Rasa2nya klu aku buat sndiri lg sdp kot. Puas ati pun puas sbb lg byk bahan aku leh tarok.Tapi apa nak dikata mamak punya air tangan buat aku ditarik jugak gi sana.

Label: