Berpuasa sambil berdiet

11:11 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)

Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan bazar Ramadhan. Ia seperti pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan itu.. Apa yang paling penting, ramai diantara kita mula lupa amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?
Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Apatah lagi di bulan puasa. Ini adalah penting bagi mengelak beberapa masalah seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan dll. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.

Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan
Kunci kepada amalan makan secara sihat:- makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain itu juga, kita juga perlu mengambil air yang cukup, tak kira panas atau sejuk, dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa
Kebanyakan dari kita suka mengambil kuih-muih manis sebagai juadah untuk berbuka puasa. Apa yang penting ialah tidak makan secara berlebihan dan digalakkan mengambil makanan yang ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja berbuka puasa. Ini untuk mengelakkan dari perut terkejutselepas seharian berpuasa. .Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat.
Secara ideal, diet semasa berbuka puasa adalah seperti berikut :
Berbuka3 biji buah kurma,
½ cawan jus buah-buahan,
1 cawan sup sayur
1 keping kuih.

Makan malam
11/2 cawan nasi
1 ketul ikan atau ayam
1 cawan sayur campur
1 biji buah.

Makan lewat malam (moreh)
Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic kacang atau buah-buahan.Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut anda di siang hari. Manakala, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi pula boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Sahur
Amalan bersahur adalah penting semasa berpuasa untuk membekalkan tenaga sepanjang waktu berpuasa di siang hari. Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu Subuh. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan. Ini kerana tenaga yang diambil daripada makanan sebelum tidur akan disimpan di dalam badan sebagai lemak.Semasa bersahur , kita digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur.

Ramadhan merupakan satu peluang untuk menurunkan berat badan bagi mereka yang bermasalah. Apa yang penting ialah amalkan pengambilan makanan yang sederhana dan seimbang serta mengurangkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi gula. Beri perhatian juga pada saiz hidangan kerana biasanya apabila lapar, kita lebih cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk anda tidak aktif. Lakukan aktiviti fizikal secara sederhana selagi ia tidak memudaratkan. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati agar tidak menjejaskan pengambilan nutrien. Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Label:
9:22 PTG / Dicatat oleh SAJI_BISTARI / ulasan (0)





Maksudnya: Ya, Allah, bagi engkau aku berpuasa dan dengan engkau beiman aku,dan dengan rezeki engkau aku berbuka dengan rahmat engkau wahai yang maha pengasih dan penyayang.



maksudnya:Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta'ala




Maksudnya : Sahaja aku berpuasa untuk sebulan di bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala